Ranking G-Shock Vintage Yang Paling Mahal Mengikut Rank Collector - GShock Malaysia Fans
Collector

Ranking G-Shock Vintage Yang Paling Mahal Mengikut Rank Collector

Peminat jam tangan Casio G-Shock pasti akan punyai satu atau dua model G-Shock Vintage yang menjadi idaman hati.  Walaupun model G-Shock vintage ini dikeluarkan pada tahun 1990-an, namun nilainya mencecah sehingga ribuan ringgit. Ini adalah entry tentang Ranking G-Shock Vintage Yang Paling Mahal Mengikut Rank Collector.


Mengikut pilihan ramai peminat dan collector G-Shock model yang menjadi kegilaan ramai sehingga kini ialah model jam dari G-Shock DW-8000 series. Ada yang banyak unik tentang jam ini, bukan sahaja bentuknya, tetapi juga fungsi dan juga lampu backlightnya.

Jam G-Shock Vintage yang paling dicari ialah model G-Shock DW-8160. Jam keluaran tahun 1995 ini dikenali dengan nama G-Shock Endless Summer atau Ombak Rindu bagi peminat jam di Malaysia. Harga untuk jam G-Shock DW-8160 Endless Summer ini boleh mencecah harga sehingga RM3500 walaupun dalam status jam 'terpakai'.

Ranking G-Shock Vintage Yang Paling Mahal Mengikut Rank Collector


G-shock vintage DW-8160 Endless Summer
G-Shock vintage DW-8160 Endless Summer


Manakala model G-Shock DW-8195 menduduki tempat kedua. Kalau tak silap model ini dikenali dengan nickname G-Shock DW-8195 Gangsters. Mengikut model yang sedia ada, model DW-8195 ini mempunyai 9 model yang digelar dengan nama adik-beradik Gangsters DW-8195. 

Model ini dinilai dengan harga sekitar RM2000 hingga RM2500.



G-Shock DW-8195 Gangsters
G-Shock DW-8195 Gangsters


Model G-Shock DW-8140 juga menjadi pilihan ramai collector. Model ini juga dikenali dengan nama G-Shock G-Slot atau Coin Toss. Ada game dalam jam ni. Sangat unik tak seperti model lain. Harga dinilai sekitar RM1500 hingga RM2000 untuk pasaran terpakai.


G-Shock DW-8140
G-Shock DW-8140


Model keempat pilihan G-Shock Vintage ni tak jauh beza rekaannya. Dengan diberikan nama model G-Shock DW-8120, model ni dikatakan agak popular kerana diberi gelaran G-Shock Jackpot. Nampak macam sama fungsi dengan model DW-8140, tetapi kalau anda biasa dengan jam ini, pasti ada kelebihan pada model masing-masing.



G-Shock DW-8120 jackpot
G-Shock DW-8120 Jackpot



Model kelima ini agak berbeza sedikit. Kalau di Malaysia, ramai yang menggelarkannya dengan nama G-Shock Kerbau, kerana lampu backlight di belakangnya mempunyai paparan kepala Kerbau. Namun model ini juga popular dan menjadi pilihan ramai peminat jam G-Shock Vintage. Model ini diberi nama G-Shock DW-8060 Buffalo dan dianggarkan nilai semasa sekitar RM1000.

G-Shock DW-8060 Buffalo
G-Shock DW-8060 Buffalo




Model-model G-Shock Vintage ini mungkin bukan senang untuk anda lihat di pasaran kedai jam biasa. Kalau ada yang menjual model Vintage ini hanyalah Collector dan Reseller pengumpul jam. 

Ranking G-Shock Vintage Yang Paling Mahal Mengikut Rank Collector ini adalah berdasarkan pemahaman kami dan juga informasi dari beberapa peminat jam G-Shock Vintage. Sesetengah pengumpul jam mungkin akan mempunyai pilihan ranking yang berbeza.

Harga yang dikongsi di sini juga adalah sebagai panduan sahaja. Pengumpul dan penjual mungkin akan menjual jam G-Shock Vintage ini lebih mahal atau lebih murah mengikut kondisi jam dan budi bicara.

Kalau anda peminat jam tangan G-Shock Vintage, pasti anda lebih mengetahui.

Di mana nak beli jam tangan G-Shock Vintage ini, boleh layari laman belian online seperti di Facebook Group, Mudah.my, Carousell.com.my atau Lelong.com.my.

About MrJocko

3 Comments:

  1. Beautiful G-SHOCK pictures you got there !

    BalasPadam
  2. MRG mcm mane..
    First model full metal

    BalasPadam
  3. salam.bro.maaf bertanye klu dw004 elok.kastem model ape ye..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.