Jam Tangan Pro Trek PRT-B50 Series Tahun 2020 - GShock Malaysia Fans
Pro Trek

Jam Tangan Pro Trek PRT-B50 Series Tahun 2020

Inovasi jam Pro Trek semakin jauh kehadapan. Kalau dulu rekaan depan jam ini tidakla menarik sangat, tetapi beberapa tahun yang lepas model-model jam Pro Trek kembali menyengat. Seperti model ini, jam tangan Pro Trek PRT-B50 series tahun 2020.

Koleksi terbaru jam Pro Trek tahun 2020 ini dilengkapi dengan quad sensor. Peminat jam Pro Trek mungkin sedia maklum bahawa model jam ini dilengkapi dengan fungsi tiga sensor yang boleh mengesan Bearing (compass bearing), Tekanan Barometik (barometric pressure/altitude) dan juga Suhu (temperature). Fungsi Sensor yang keempat ialah tambahan mengesan kelajuan (accelerometer) untuk mengira langkah kaki samada berjalan atau berlari. 

Baca : Model Pro Trek Yang Pertama Popular

Jam Tangan Pro Trek PRT-B50 Series Tahun 2020

Jam Tangan Pro Trek PRT-B50 Series Tahun 2020

Jam Tangan Pro Trek PRT-B50 Series Tahun 2020


Sumber : Pro Trek Website

Model yang paling popular ketika ini ialah model Pro Trek PRT-B50-1 yang mempunyai permukaan pemuka kombinasi hitam, hijau, kuning dan sedikit warna oren.

Model lain dalam senarai siri ini ialah PRT-B50T-7, PRT-B50YT-1, PRT-B50-2.

Jam-jam ini mempunya fungsi yang boleh disambungkan dengan fungsi Smartphone Link. Ia boleh dihubungkan jam ini, PRO TREK ke aplikasi di telefon pintar anda menggunakan Bluetooth® untuk digunakan sebagai perakam aktiviti luar anda.

About MrJocko

0 Comments:

Catat Komen

Dikuasakan oleh Blogger.