Beza Jam Tiruan G-Shock Dengan Jam G-Shock Original

Peminat jam tangan jenama Casio G-Shock di Malaysia semakin bertambah dan punyai bilangan yang ramai. Di Facebook sahaja, ada ratusan Group G-Shock Community Malaysia dan pelbagai laman web yang menjual produk jam tangan Casio G-Shock dari Jepun ini. Namun, macamana nak tahu Beza Jam Tiruan G-Shock Dengan Jam G-Shock Original?

Kalau yang baru sahaja kenal jam G-Shock, mungkin tidak akan dapat beza antara mana satu yang tiruan dan mana satu yang original. Lama kelamaan, InsyaAllah, kalau pernah ada jam G-Shock, anda akan mudah kenal produk jam yang tiruan.

Beza Jam Tiruan G-Shock Dengan Jam G-Shock Original






Di pasaran sekarang, ramai yang menjual produk jam tangan Casio G-Shock murah dengan melabelkannya sebagai jam tangan G-Shock Copy 1 : 1. Apa maksud jam tangan G-Shock Copy 1 : 1 atau jam tangan G-Shock Copy Original?

Beza Jam Tiruan G-Shock Dengan Jam G-Shock Original

Pandangan Admin, ia memberitahu pengguna bahawa, jam tangan tersebut mengikut spesifikasi jam tangan original dengan mempunya fungsi dan bentuk yang hampir sama dengan fungsi dan bentuk jam G-Shock Original. 

Admin beberapa kali melihat sendiri dengan lebih dekat produk G-Shock Copy Original 1 : 1 ini dan ternyata, ia hampir sama dengan produk original. Yang berbeza ialah skru, bentuk digital jam (kalau di perhatikan) dan module enjin (jika dibuka) memang berbeza.

Tali jam (bands) dan bezel jam tidak jauh beza, kerana ia senang ditiru dan dibuat kembali menyerupai tali jam dan bezel jam original.







Back case jam G-Shock juga tidak banyak beza dan susah untuk dibezakan dengan yang tiruan dan asli. Buckel dan Keeper jam juga tidak banyak beza dengan yang original G-Shock.

Namun untuk model jam G-Shock DW6900, perhatikan 3 ruang bulat ini. Jika ia berkelip mengikut turutan dan selari, ia adalah asli dan original. Jika ia berkelip dengan tidak sekata dan sama sahaja, ia adalah pasti produk jam tangan G-Shock tiruan.










Harga jam tangan G-Shock tiruan, sebagai contoh model DW-6900 dijual sekitar harga RM50 hingga RM100 mengikut kualiti tiruan yang dibuat. Ada model yang dikatakan G-Shock Gred AA, G-Shock Gred AAA dan paling mahal G-Shock Copy 1 : 1.

Sekarang, secara asas dan mudah, anda mungkin sudah dapat info ringkas tentang bagaimana cara nak Beza Jam Tiruan G-Shock Dengan Jam G-Shock Original. 

Sokong produk original dan elakkan dari menyokong produk tiruan.

4 Ulasan

  1. aslkm dimanakah sy boleh mendapatkn jam gshock yg origenal, dgn hrga yg murah utk dipasarkn , bleh whsl sy tn 0192593589

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama