G-Shock DW6100 Thermo Warna Dark Orange

Kami berjaya memiliki satu jam Vintage yang menjadi pujaan ramai peminat jam G-Shock di Malaysia. Model G-Shock DW6100 Thermo warna Dark Orange ini mempunyai rekaan bezel dan bands (tali) yang berbeza dari warna biasa, hitam.

Walaupun bezel asal jam ini sudah rosak dan pecah, kami berjaya mendapatkan gantian bezel dari penjual 'Local Bezel Custom' di Malaysia. Alhamdulillah, ia memang padan dan memuaskan bila dipakaikan bezel, walaupun ia bukanlah bezel original.

G-Shock DW6100 Thermo







Model jam DW6100 G-Shock ini adalah antara model yang menarik kerana ia punyai fungsi Thermo. Boleh baca di entry kami sebelum ini, G-Shock DW6100 Thermo Tahun 1992.


Bagi yang mencari jam ini, ia tidak lagi dikeluarkan oleh Casio dan ia sudah menjadi salah satu dari senarai jam Vintage pilihan G-Shock Collector di serata dunia.

Untuk harga jam G-Shock DW6100 Thermo yang terpakai, ia dianggarkan dijual di Malaysia sekitar RM200 hingga RM300 bergantung kepada keadaan jam, set lengkap dan juga semestinya yang paling utama Bezel dan Fungsi Thermonya.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama