G-Shock DW002 Model Vintage Tahun 1994

Model vintage yang menjadi pilihan ramai untuk tahun 2018 antaranya ialah model G-Shock DW002. Ramai peminat jam G-Shock mencari model ini. Lebih-lebih lagi, kalau ada model G-Shock DW002 Collaboration atau model yang masih complete bersama Kotak Hexagon dan juga buku manual. Harga pasti akan lebih tinggi.

Kami ada beberapa model G-Shock DW002, kalau tak silap yang ini ialah model Vintage Tahun 1994. Model yang ni punyai EL Backlight huruf G Besar dan ia antara tarikan yang membuatkan ramai ingin memilik model ini.






Ramai pengumpul jam G-Shock juga akan tertarik dengan modul jam ini, 1299. Katanya, ia antara model yang popular dan ramai yang suka 'custom' modul ini untuk dijadikan koleksi peribadi.

Lihat sahaja tag harga yang masih tergantung di jam ini. Harga jualan ketika itu ialah JPY13,000.






Kini, harga untuk jualan jam second hand atau pre-loved bagi model G-Shock DW002 seperti ini boleh mencecah sekitar RM300. 

Kalau ia adalah model kolaborasi dan punyai set lengkap, ia mungkin boleh mencecah sekitar RM600 dengan senang.

Siapa kata model vintage G-Shock tak ada nilai?

Layari laman Facebook GShock Malaysia Fans dan Instagram @GShockMalaysiaBlog

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama