G-Shock G8000F Model Petak Retro

G-Shock G8000F Model Petak Retro, model yang agak unik bagi model G-Shock. Walaupun ia berbentuk petak, tetapi ia tak sama dengan model asal DW5000C, model pertama Casio G-Shock. Kata ramai pengikut G-Shock, model ini agak unik dengan bentuk retro, tetapi nampak seakan futuristik.

Model ini mula diperkenalkan pada tahun 2005. Selepas dari itu, nampaknya tak ada sambungan. Selepas tahun 2006, model ini nampaknya ditukar dengan model G8100, yang lebih kecil sikit.
   






Model ni khabarnya ada pelbagai warna, termasuk warna G-Shock Rasta. Namun, yang menarik minat penggemar jam vintage G-Shock ialah tulisan nombor yang lebih besar, serta lampu Alarm jam G-Shock G8000F ini yang sangat menarik. Berkelip-kelip!!!





Harga semasa untuk jam secondhand model ini sekitar RM160. Kalau ada model kolaborasi dan warna Rasta, pasti boleh sampai harga sehingga RM300.

Model ini agak kecil sikit, mungki sesuai bagi mereka yang punyai pergelangan tangan yang agak kecil atau untuk perempuan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama