Tiga Model Baru Casio G-Shock Sempena 25th Anniversary ICERG

Casio melancarkan Tiga Model Baru Casio G-Shock Sempena 25th Anniversary ICERG, bertemakan “Love The Sea And The Earth”. Ini menandakan sudah 25 tahun kerjasama Casio G-Shock dengan International Cetacean Education Research Center (a.k.a. ICERC).

Banyak model kolaborasi Casio G-Shock dengan ICERC puluhan tahun lamanya menjadi pilihan kenangan ramai pengumpul koleksi jam G-Shock, termasuk model popular G-Shock. 

Untuk koleksi tahun 2019, Casio memperkenalkan tiga lagi jam iaitu G-Shock Frogman GF-8251K-7JR (harga runcit JPY48,000 ), G-Shock GW-6903K-7JR (JPY23,500) dan model Baby-G BGD-5001K-7JR (JPY21,000). 

Ketiga-tiga Model Baru Casio G-Shock Sempena 25th Anniversary ICERG ini akan dilancarkan pada 7 June 2019, di negara Jepun.







Model-model edisi terhad 
Casio G-Shock Sempena 25th Anniversary ICERG ini akan mempunyai rekaan bezel dan bands semi-transparent dipadankan dengan inner cases yang berwarna biru gelap untuk G-Shock Frogman GF-8251K-7JR , warna hitam untuk G-Shock GW-6903K-7JR dan warna merah jambu untuk Baby-G BGD-5001K-7JR 

Tali jam menampilkan ilustrasi 24 Ikan Paus untuk jam G-Shock dan Ikan Lumba untuk model Baby-G. Tambahan lebih menarik gambar EL backlight dalam jam tersebut.

Untuk model-model ini, ia datang dengan pembungkusan eksklusif termasuk buklet khas mengenai kolaborasi.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama