GShock GWF-T1030E-9JR 30th Anniversary Lightning Yellow

Agak mengejutkan kami bila beberapa hari yang lepas, terserempak dengan model ini di pasaran 'jam pre-loved' yang ingin dijual oleh pemilik asal. Harga jam GShock model GWF-T1030E-9JR 30th Anniversary Lightning Yellow Titanium Frogman 2013 ini, dibuka dengan harga jualan RM15,000, lengkap dengan kotak original, buku manual dan kondisi jam yang sangat-sangat cantik.

Warna kuning bezel dan bands dengan cetakan tulisan hitam masih lagi sangat elok. Ia datang dengan set asal, Rust Resist Titanium Case. Manakala, dibelakang jam ini, ukiran Custom tertera tulisan 30th anniversary dengan 'metal keeper'. Sangat mengujakan sesiapa sahaja yang meminati G-Shock.

GShock GWF-T1030E-9JR 30th Anniversary Lightning Yellow


GShock GWF-T1030E-9JR 30th Anniversary Lightning Yellow


Untuk info, model ini hanya dikeluarkan sebanyak 333 unit sahaja. Tidak hairan lah kalau harga jam GShock model GWF-T1030E-9JR 30th Anniversary Lightning Yellow Titanium Frogman 2013 ini boleh mencecah belasan ribu ringgit.

Harga jualan asal model ini ialah JPY150,000 (MYR5,700) tidak termasuk tax.

Kalau dalam senarai jam G-Shock, model ini boleh dikatakan dalam kategori Rare, senarai paling di cari dan masih lagi mempunyai nilai yang tinggi dikalangan peminat G-Shock.



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama