Koleksi jam terbaru GShock x MxMxM DW6900

Koleksi jam terbaru GShock x MxMxM DW6900. Sukan Skateboarding dan rekaan crew Magical Mosh Misfits (a.k.a. MxMxM) akan mengeluarkan model jam GShock kolaborasi mereka yang pertama. Model ini dikeluarkan bagi meraikan ulangtahun ke-20.


Jam edisi terhad GShock DW-6900 ini akan menampilkan bezel berwarna hitam matte dengan tali (bands) berwarna 'purple' inspirasi pemuka jam. Ia juga punyai warna “Joker” ungu dan hijau untuk tulisan paparan grafik diatasnya. 







Jenama MxMxM dan ukiran grafiknya akan timbul di muka jam dan juga dibahagian tali jam. Jam ini akan mempunyai lampu EL Backlight yang di reka khas tertulis 'MxMxM'. 

Di belakang penutup 'backcase'nya akan terukir commemorative backcase dan juga kotak jam eksklusif.



Jam tangan edisi terhad terbaru ini, G-SHOCK x MxMxM “MAGICAL MOSH DW-6900” akan mula dijual di Jepun di laman web www.mxmxm-noise.com hanya untuk harga JPY16,500 (harga termasuk tax). Penghantaran dijangka dibuat pada bulan Oktober 2019. 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama