Jam Pokémon x Baby-G BGD-560PKC-1 Kolaborasi - GShock Malaysia Fans
Anniversary

Jam Pokémon x Baby-G BGD-560PKC-1 Kolaborasi

Satu lagi jam Edisi Khas sempena dengan sambutan Ulangtahun Ke-25 (25th Anniversary) Baby-G. Model ini diberi nama Pokémon x Baby-G BGD-560PKC-1. Ia bakal dilancarkan pada November 2019. Untuk peminat jam Baby-G mungkin boleh merancang untuk dapatkan satu unit untuk koleksi mereka.

Jam ini direka khusus dengan rekaan stail Pokémon dengan paparan grafiknya di bands dan bezel termasuk lukisan grafik kartun Pikachu di paparan EL backlight. Di belakang penutup jam, tertera juga ukiran Pokemon Pikachu.

Jam Pokémon x Baby-G BGD-560PKC-1 Kolaborasi



Pokémon x Baby-G BGD-560PKC-1





Tulisan "0:25" yang dicetak pada tali (bands) adalah merujuk pada nombor Pokedex Pikachu dan Ulang Tahun ke-25 Baby-G. Grafik yang diilhamkan oleh Pokémon Red Version dan permainan video Pokémon Blue Version dari 1996, dilakukan dalam gaya 8-bit Nintendo Gameboy. Jam edisi terhad datang dalam kotak eksklusif dan bola Poké Ball yang unik.

Jam Edisi Khas Baby-G BGD-560PKC-1 dijangka akan dijual ke seluruh dunia. Casio America mempunyai BGD560PKC-1 yang disenaraikan dengan harga jualan sekitar USD110 (MYR460).

About MrJocko

1 Comments:

Dikuasakan oleh Blogger.