Free Jam G-Shock Beli Motorsikal Yamaha FZX Di India

Syarikat motosikal Yamaha India menawarkan sebuah jam tangan G-Shock percuma kepada 200 pelanggan pertama mereka yang menempah motosikal FZ-X secara dalam talian. Yamaha FX-X adalah motosikal berkuasa 149cc "Neo-Retro" dengan harga bermula INR116,800 (MYR6500). Berminat untuk membuat tempahan dalam talian memerlukan deposit INR2,000. 

Jam G-Shock percuma ini adalah daripada jenis GA-2110ET-8A yang menampilkan sarung biru gelap dan jalur dengan bezel kelabu. Tidak seperti beberapa model GA-2100 yang lain, GA-2110ET-8A tidak begitu sukar dicari pada masa ini, tetapi menurut iklan yang dikeluarkan, jam tangan pemberian hadiah mempunyai logo Yamaha pada jalur atas dan bawah. 

Gambar ini nampak seperti telah di edit, dan kami belum pasti adakah jam ini akan tertulis tulisan Yamaha untuk koleksi hadiah percuma ini. Namun, mengikut informasi, ia digambarkan sebagai "edisi terhad" oleh Yamaha.

Untuk maklumat lebih lanjut, lawati yamaha-motor-india.com.


Free-Jam-G-Shock-Beli-Motorsikal-Yamaha-FZX-Di-India

Kredit Gambar : Yamaha India

Nota Kaki. Syarikat Shell Malaysia juga pernah menawarkan promosi menjual jam GShock dengan harga yang murah, RM299 kepada pelanggan mereka beberapa tahun yang lepas.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama